Selamat Datang
Diposkan Pada 29 Julai 2o11 oleh Admin J'keb Malaysia
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya laman web J'keb Malaysia dapat disiapkan bagi tujuan memperkenalkan organisasi ini kepada masyarakat umum.
Pada dasarnya J'keb Malaysia ditubuhkan dengan dasar kebajikan serta rasa tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. J'keb Malaysia diterajui oleh golongan-golongan muda dengan rasa tanggungjawab sosial yang tinggi bagi membantu masyarakat umum.
Dengan harapan yang tinggi, laman web ini diharapkan dapat memperkenalkan J'keb Malaysia dengan jayanya kepada masyarakat umum.
Borang
Diposkan pada 29 Julai 2011 oleh Admin J'keb Malaysia
Borang keahlian J'keb Malaysia dan Borang penyertaan bagi mengikuti Kem Sahsiah Diri boleh dimuat turun menggunakan pautan di bawah:
Borang Keahlian J'keb Malaysia
Borang Penyertaan Kem Sahsiah Diri
Hadis Riwayat Muslim
Diposkan pada 29 Julai 2011 oleh Admin J'keb Malaysia
Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah S.A.W bersabda : Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah S.W.T akan memudahkan kesulitan-kesulitannya di hari kiamat kelak. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah S.W.T mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah S.W.T akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah S.W.T selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah S.W.T mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah S.W.T membaca kitab-kitab Allah S.W.T dan mempelajarinya di antara mereka, niscaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah S.W.T sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya.
© 2011 All Rights Reserved • Design By J'keb Malaysia